English|Bahasa Malaysia
Cetak laman ini
 
 
Pautan
  Senarai institusi perbankan
  Bank Negara Malaysia
  BNM LINK
  Info Insurans
  DuitSaku
  FMB
  AKPK
  Biro Kredit
  ABM
  PIDM

 
Sebagai bank pusat Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) merupakan pihak berkuasa monetari yang mengawal selia sistem kewangan dan ekonomi negara. Ditubuhkan pada 26 January 1959, di antara objektif penubuhannya adalah:
 
Menggalakkan kestabilan monetari dan struktur kewangan negara yang kukuh
Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kepada Kerajaan

Menerbitkan mata wang dan menyimpan rizab bagi menjaga nilai mata wang tersebut
Mempengaruhi kedudukan kredit bagi kepentingan negara ini
 
Maklumat Berkaitan

Program Pendidikan Pengguna di Bank Negara

Bagaimana untuk membuat aduan perbankan
 
Saya Mahu...

Muat turun buku panduan ini

Emel laman ini kepada kawan
Tanda pilih laman ini

Hantar maklum balas mengenai laman ini
 
Bank Negara Malaysia diketuai lapan ahli Lembaga Pengarah. Ahli ex-officio Lembaga ini termasuk Gabenor, Timbalan Gabenor dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan. Gabenor merupakan pengerusi Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah ini dikehendaki bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Peranan dan tanggungjawab Bank Negara Malaysia sentiasa berubah mengikut perkembangan semasa. Kini, Bank Negara Malaysia memberi tumpuan kepada 3 tunggak peranan bank pusat, iaitu kestabilan monetari, kestabilan kewangan dan sistem pembayaran. Di samping itu, Bank Negara Malaysia juga memainkan peranan yang penting dari segi pembangunan pengurusan ekonomi, pembinaan institusi dan sistem kewangan.

Bank Negara Malaysia juga bertanggungjawab menganjurkan pelbagai program pendidikan pengguna, terutamanya dalam bidang perbankan dan insurans bagi meningkatkan keupayaan kewangan masyarakat umum. Terdapat juga program-program pendidikan yang direka khas untuk golongan remaja, wanita, dan syarikat ditawarkan.
 
 
  Muat turun
di sini
Bagi maklumat lanjut tentang peranan, tanggungjawab dan inisiatif berterusan Bank Negara Malaysia, anda boleh muat turun buku panduan kami.